Ini adalah tugasan PSK kumpulan kami bagi tahun 2009 yang telah di berikan oleh guru PSK kami. Laman Web ini menceritakan tentang pusat pelajaran tinggi di Malaysia.

Nama Kumpulan : Group 2, 5 Science 2 2009, SMK Bachok.
Tema : Cabaran Masa Depan

Jawatankuasa :
Muhammad Aiman
Ahmad Taufiq
Nik Mohd Muzir
Muhd Harsani Zuhdi
Muhd Solehim


Kami ditugaskan untuk mencipta laman web bagi mempromosikan Malaysia sebagai pusat pendidikan antarabangsa.

Isnin, 6 Julai 2009

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik

URL:- http://www.ukm.my/ppbl Skop
Memainkan peranan terfokus sebagai penjana, pengembang, pengukuh dan pemantap ilmu pengetahuan bidang bahasa dengan menggandingkan keilmuan berbahasa, terjemahan, linguistic, kesusasteraan, komunikasi antara-budaya, teknologi dan pendidikan dalam hubungannya dengan pembentukan peradaban manusia. Pusat Pengajian ini juga menjadi pemangkin dan pusat rujukan yang menjalin pembelajaran bahasa yang menjadi asas kepada perolehan ilmu pengetahuan dengan bidang-bidang lain. Skop ilmu ini merangkumi bukan sahaja aspek kemanusiaan bahasa, kemasyarakatan bahasa tetapi juga aspek saintifik bahasa.
Misi
Menjadikan ilmu bahasa sebagai wahana untuk memperkasakan dan mengantarabangsakan identiti nasional.
Menjadi bahan rujukan ilmu bahsa moden di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
· Menyumbang ke arah usaha mengantarabangsakan bahasa dan sastera tempatan serta menambahkan korpus bahasa dan sastera asing.Matlamat
Melahirkan siswazah yang mampu berkomunikasi dalam sekurang-kurangnya 2 bahasa.
Membentuk siswazah yang berakal global dan berakar local yang berupaya menjana, menyebar dan mengantarabangsakan khazanah ilmu yang beracuan kebangsaan.
Mengeluarkan siswazah professional, relevan, luwes, dan berdaya saing serta bersifat pembelajar seumur hidup.
Melengkapkan siswazah dengan pengetahuan sains bahasa dan strategi mengaplikasikannya secara kreatif demi mengisi keperluan Negara dalam era sains dan teknologi.
Menyumbangkan kepakaran dalam perlaksanaan pembentukan dasar dan program yang bertaraf kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
Mempertingkatkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selaras dengan keperluan dan aspirasi negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan