Ini adalah tugasan PSK kumpulan kami bagi tahun 2009 yang telah di berikan oleh guru PSK kami. Laman Web ini menceritakan tentang pusat pelajaran tinggi di Malaysia.

Nama Kumpulan : Group 2, 5 Science 2 2009, SMK Bachok.
Tema : Cabaran Masa Depan

Jawatankuasa :
Muhammad Aiman
Ahmad Taufiq
Nik Mohd Muzir
Muhd Harsani Zuhdi
Muhd Solehim


Kami ditugaskan untuk mencipta laman web bagi mempromosikan Malaysia sebagai pusat pendidikan antarabangsa.

Jumaat, 26 Jun 2009

Universiti di Malaysia

Pusat Pengajian Tinggi yang Terdapat di Malaysia

Banyak pusat pengajian tinggi yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah UiTM, UM, USM, UKM dan banyak lagi. Pelbagai kursus yang di sediakan di setiap pusat pengajian tinggi dan ianya mengikut peredaran zaman. Contoh kursus yang ditawarkan: Perubatan, Kejuteraan, Perundangan dan lain-lain. Pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh penuntut.
E-Pembelajaran
Pembelajaran secara elektronik atau e-learning merupakan satu kelebihan yang tiada tolok bandingannya pada era ini. E-pembelajaran ini merupakan satu kelebihan yang boleh dimanfaatkan secara bermakna oleh generasi pelajar kita dan kita sendiri. Kemajuan yang dilalui oleh pendidikan negara kita serta pengembangan teknologi komunikasi melalui ICT memberikan kita segala peluang yang diperlukan untuk maju dengan lancar dan berjaya.
Pada hari ini, tidak seharusnya lagi ada alasan yang mengatakan bahawa sukar mendapat maklumat, sukar untuk mengurus maklumat, tidak ada peluang untuk belajar, tiada guru yang berkelayakan dan sebagainya kerana kelebihan teknologi yang ada memungkinkan pembelajaran untuk berlaku melalui pelbagai cara.
Untuk mencapai sumber-sumber maklumat amatlah mudah. Penyelidikan dan kajian boleh dilaksanakan dengan lebih teratur dan mudah. Buku-buku rujukan kini disokong pula oleh bahan-bahan pembelajaran tambahan yang disediakan secara elektronik. Manakala kaedah mengajar-belajar semakin dipermudah melalui sistem online yang bukan sahaja membuka lebih banyak peluang untuk pendidik-pelajar berinteraksi, malah memberi kesempatan pula untuk berada di tempat-tempat berlainan pada satu-satu masa.

Rabu, 24 Jun 2009

Ciri Kumpulan Kami

Ini adalah tugasan PSK kumpulan kami bagi tahun 2009 yang telah di berikan oleh guru PSK kami. Laman Web ini menceritakan tentang pusat pelajaran tinggi di Malaysia.


Nama Kumpulan : Group 2, 5 Science 2 2009, SMK Bachok.
Tema : Cabaran Masa Depan
Jawatankuasa :
Muhammad Aiman
Ahmad Taufiq
Nik Mohd Muzir
Muhd Harsani Zuhdi
Muhd Solehim



Kami ditugaskan untuk mencipta laman web bagi mempromosikan Malaysia sebagai pusat pendidikan antarabangsa.

Pusat Pendidikan Malaysia

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB INI.........