Ini adalah tugasan PSK kumpulan kami bagi tahun 2009 yang telah di berikan oleh guru PSK kami. Laman Web ini menceritakan tentang pusat pelajaran tinggi di Malaysia.

Nama Kumpulan : Group 2, 5 Science 2 2009, SMK Bachok.
Tema : Cabaran Masa Depan

Jawatankuasa :
Muhammad Aiman
Ahmad Taufiq
Nik Mohd Muzir
Muhd Harsani Zuhdi
Muhd Solehim


Kami ditugaskan untuk mencipta laman web bagi mempromosikan Malaysia sebagai pusat pendidikan antarabangsa.

Rabu, 8 Julai 2009

Isnin, 6 Julai 2009

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik

URL:- http://www.ukm.my/ppbl Skop
Memainkan peranan terfokus sebagai penjana, pengembang, pengukuh dan pemantap ilmu pengetahuan bidang bahasa dengan menggandingkan keilmuan berbahasa, terjemahan, linguistic, kesusasteraan, komunikasi antara-budaya, teknologi dan pendidikan dalam hubungannya dengan pembentukan peradaban manusia. Pusat Pengajian ini juga menjadi pemangkin dan pusat rujukan yang menjalin pembelajaran bahasa yang menjadi asas kepada perolehan ilmu pengetahuan dengan bidang-bidang lain. Skop ilmu ini merangkumi bukan sahaja aspek kemanusiaan bahasa, kemasyarakatan bahasa tetapi juga aspek saintifik bahasa.
Misi
Menjadikan ilmu bahasa sebagai wahana untuk memperkasakan dan mengantarabangsakan identiti nasional.
Menjadi bahan rujukan ilmu bahsa moden di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
· Menyumbang ke arah usaha mengantarabangsakan bahasa dan sastera tempatan serta menambahkan korpus bahasa dan sastera asing.Matlamat
Melahirkan siswazah yang mampu berkomunikasi dalam sekurang-kurangnya 2 bahasa.
Membentuk siswazah yang berakal global dan berakar local yang berupaya menjana, menyebar dan mengantarabangsakan khazanah ilmu yang beracuan kebangsaan.
Mengeluarkan siswazah professional, relevan, luwes, dan berdaya saing serta bersifat pembelajar seumur hidup.
Melengkapkan siswazah dengan pengetahuan sains bahasa dan strategi mengaplikasikannya secara kreatif demi mengisi keperluan Negara dalam era sains dan teknologi.
Menyumbangkan kepakaran dalam perlaksanaan pembentukan dasar dan program yang bertaraf kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
Mempertingkatkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selaras dengan keperluan dan aspirasi negara

Program Akademik Prasiswazah

Program Akademik PrasiswazahKursus Wajib Fakulti
Latar belakang Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Pusat Pengajian
Struktur Program
Kursus Teras Fakulti

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik Program Pengajian Bahasa InggerisProgram Pengajian Sastera Dalam Bahasa Inggeris Program Linguistik Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Program Persuratan Melayu Program Bahasa Melayu Program Kebudayaan dan Kesenian Melayu Pusat Pengajian Media dan Komunikasi Program Komunikasi MediaProgram Komunikasi Dan Pengurusan Maklumat Program Komunikasi Dan Dasar Awam Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Program Psikologi Program Pembangunan Manusia Program Kerja Sosial Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Program Antropologi dan Sosiologi Program Geografi Program Sains Pembangunan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Program Hubungan Antarabangsa Program Sejarah Program Sains Politik

Khamis, 2 Julai 2009

Cabaran Dalam Kerjaya

Cabaran dalam bidang pendidikan ialah menjadi seorang yang boleh membantu dalam pendidikan negara. Cabaran dalam bidang kesihatan ialah membantu penduduk di malaysia dalam masalah kesihatan.

Pemilihan Kerjaya

Banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan di Malaysia. Kerajaan menawarkan banyak peluang pekerjaan dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Antara kerjayanya dalam bidang pendidikan ialah guru, pensyarah dan banyak lagi. Bidang kesihatan pula ialah doktor, jururawat, pakar dan lain-lain.

Jumaat, 26 Jun 2009

Universiti di Malaysia

Pusat Pengajian Tinggi yang Terdapat di Malaysia

Banyak pusat pengajian tinggi yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah UiTM, UM, USM, UKM dan banyak lagi. Pelbagai kursus yang di sediakan di setiap pusat pengajian tinggi dan ianya mengikut peredaran zaman. Contoh kursus yang ditawarkan: Perubatan, Kejuteraan, Perundangan dan lain-lain. Pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh penuntut.